Salam buat semua,
Hari ni Bubble nak tunaikan janji. Nak bercerita sikit pasal kita. Yes! kita! Perbualan antara dua makhluk yang sangat hebat mengenai KITA! Siapa dua makhluk hebat ini? Mereka adalah antara Rasulullah SAW, kekasih Allah dan Malaikat Jibril a.s, pengutus wahyu dari Allah kepada Rasulullah SAW. Apa yang mereka bualkan? Jom kita lihat....
Jibril a.s: Ya Rasulullah, siapakah lebih beharga antara engkau dan semua makhluk di bumi ini?
Rasulullah SAW: Sudah tentu aku. Kerana mereka diwujudkan untuk mengikut ajaranku.
jibril : yang mana pula lebih beharga antara eangkau dan seluruh kehidupan di bumi ini?
Rasulullah SAW : Pasti aku. Kerana kehidupan di bumi ini dicipta untukku.
Jibril : Lalu, antara engakau dan seluruh isi langit dan bumi, siapa lebih tinggi darjatnya?
Rasulullah SAW: Sudah tentu aku, kerana langit dan bumi dicipta untuk kehidupanku.
Jibril : Antara aku dan engkau, siapa lebih tinggi darjatnya?
Rasulullah SAW: Sudah tentu aku, kerana engkau diciptakan untuk menyampaikan wahyu kepadaku.
Jibril : Antara eangkau dan Islam, siapa lebih tinggi darjatnya?
Rasulullah SAW: Sudah pasti ISLAM. Kerana aku diutuskan untuk menyampaikan Islam....
Lalu, siapakah yang mampu memikul Islam? Jika Islam diturunkan pada gunung, pasti gunung itu akan hancur kerana amanah yang amat berat pada agama Islam. Hanya Manusia yang mampu memikul agama Islam. Tiada makhluk lain yang mampu memikul amanah ini hatta malaikat sekalipun kerana, islam itu diutuskan untuk menjadi cahaya kepada seluruh alam.
Tingginya darjat islam yang kita pikul. Lebih tinggi dari langit dan bumi. Lebih tinggi dari darjat Jibril a.s. Malah, lagi tinggi dari darjat Rasulullah SAW. Kemana kita bawakan amanah ini?? Sehinggakan kini agama Islam sudah berada di telapak kaki. di mana bezanya umat Islam dan kafir sekarang??
Bubble bercerita berdasarkan pengalaman...berdasarkan pemerhatian...nyata di akhir zaman, umat islam kita sayangkan hiburan dan takutkan kematian.
Semoga kita sentiasa beringat...salam dari Bubble Haze.....
0 Yorumlar